Firefox 9 Bakal Memulakan Pembangunan Pada 16 Ogos

Firefox 9 Bakal Memulakan Pembangunan Pada 16 Ogos

Diterbitkan pada July 30, 2011 oleh .

Firefox 5 sebelum ini telah menjadi pelayar web pertama yang mengikut latar masa pembangunan baru oleh Mozilla, dan kini pada 16 Ogos, Firefox 6 bakal dilancarkan, selain mana pembangunan versi lain akan bertukar saluran, dimana Firefox 7 akan ke versi Beta, Firefox 8 ke versi Aurora, dan Firefox 9 memulakan pembangunan melalui Nightly.

Buat masa ini, pihak Mozilla dalam pembangunan akhir Firefox 6, yang mana akan dilancarkan dalam masa kurang 3 minggu lagi. Sejak dilancarkan Firefox 6 Beta, sebanyak lebih 72 perubahan telah diperkenalkan, yang mana majoritinya adalah berkaitan sekuriti dan juga kestabilan.

Melalui Firefox 6, ianya akan membawakan masa permulaan yang lebih pantas, dan akan membolehkan para pengguna untuk menggunakan pelayar web tersebut dengan lebih laju, selain mana turut membolehkan anda menguruskan privasi dengan mudah seperti menetapkan web mana yang dibolehkan untuk menyimpan kata laluan dan sebagainya, dan sokongan add-on yang lebih baik berbanding sebelumnya.

Sama-sama kita nantikan pelancaran rasminya pada 16 Ogos ini, dimana fungsi penuhnya bakal diumumkan secara rasmi pada hari tersebut.


TIPS & ULASAN