Setelah Apple dan Nokia mengumumkan jualan peranti mereka, kini HTC turut sama mengumumkan jualan peranti mereka sepanjang suku tahun kedua tahun ini, dimana ianya dilaporkan sebanyak 12.1 juta peranti telah dijual diseluruh dunia membawakan peningkatan sebanyak lebih daripada 24.8% berbanding suku tahun pertama tahun ini.
Seperti sedia maklum, di Malaysia sahaja, HTC telah melancarkan pelbagai model baru sepanjang tahun ini sehingga sekarang, termasuk HTC Sensation, Wildfire S, HTC Salsa, dan juga HTC ChaCha, sekaligus menjadikan mereka antara yang menawarkan peranti pintar mampu milik oleh semua.
Pada masa yang sama, kini HTC mensasarkan untuk menjual sebanyak lebih kurang 13.5 juta peranti pada suku tahun ketiga tahun ini, dan mungkin kita akan dapat melihat beberapa model baru daripada mereka tidak lama lagi.