Carian
Facebook Memperkenalkan Rekabentuk Halaman Tetapan Yang Baru
July 30, 2011 Aman

Facebook sering memperkenalkan pembaharuan pada laman mereka, dan terkini, mereka telah memberikan nafas baru kepada rekabentuk halaman tetapan pada Facebook, dimana melalui rekabentuk baru ini, ianya menggunakan rekabentuk yang selari dengan rekabentuk halaman utama pada Facebook.

Melalui rekabentuk yang baru ini, ianya turut memudahkan anda mengakses kesemua bahagian tetapan pada Facebook, serta mengubahnya dengan mudah, serta membolehkan anda mengawal sepenuhnya akaun anda, dengan mengawal aplikasi, melihat ciri-ciri keselamatan dan sebagainya.

Para pengguna yang berminat, boleh melayari halaman tetapan Facebook Settings, dan mula membuat perubahan yang dikehendaki, dan mengawal privasi anda dengan lebih mudah.

Komen