Setelah menguji halaman carian yang dioptimasikan untuk carian sebelum ini, kini Google secara rasinya melancarkan pengalaman penggunaan carian Google baru melalui pelayar web terbina padanya, dimana ianya kini dioptimasikan sepenuhnya untuk rekabentuk Google, membolehkan anda melayari Google dengan mudah melalui pelayar web tablet.
Buat masa ini, rekabentuk baru ini hanya diperkenalkan untuk para pengguna iPad dan juga Android 3.1 Honeycomb dan terkini sahaja, dan ditawarkan dalam lebih 36 bahasa berbeza. Para pengguna yang menggunakan tablet, boleh melayarinya dengan menaip URL laman utama Google, dan melihat halaman ini bermula hari ini, dan akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna seluruh dunia dalam beberapa hari lagi.