Cari @ Amanz

Google Music Beta Memperkenalkan Fungsi Jemputan

Oleh Aman

Link Copied!

Ingatkah lagi dengan Google Music Beta yang dilancarkan oleh Google sebelum ini untuk pengguna Amerika Syarikat sahaja. Kini, ianya dilihat yang mana Google telah pun mengaktifkan fungsi jemputan, membolehkan para pengguna menjemput rakan mereka untuk menyertai Google Music Beta.

Namun begitu, buat masa ini, fungsi jemputan tersebut hanya membolehkan para pengguna Amerika Syarikat sahaja menyertainya. Google juga mengehadkan jemputan, dimana setiap pengguna hanya diberikan dua jemputan sahaja setiap seorang, dan bukannya seperti Google+.

Buat masa ini, Google Music masih lagi pada peringkat pembangunan, dan mungkin versi akhirnya akan dilancarkan tidak lama lagi. Pada masa yang sama, ianya masih lagi tidak diketahui bilakah Google Music akan dilancarkan secara rasminya untuk kegunaan para pengguna di Malaysia.

Gambar oleh Zul Melayubuntu


Komen ()