Setelah sebelum ini memperlihatkan jadual pembangunan untuk WordPress 3.3, kini pembangun WordPress, telah pun memperlihatkan fungsi-fungsi dan peningkatan yang bakal dibawakan melalui WordPress versi baru kelak pada bulan November akan datang nanti.
Seperti yang diperkatakan sebelum ini, salah satunya adalah pemuat-naik media yang diberikan nafas baru, dan menjadikannya lebih serasi dengan bahagian lain di WordPress. Selain itu, WordPress 3.3 juga turt sama dijangka akan membawakan pengalaman mesra pengguna baru, dimana akan memperlihatkan skrin “Selamat Datang” lebih kurang sama seperti pada Mozilla, Facebook dan Twitter, membolehkan pengguna WordPress baru dapat memahaminya dengan lebih senang.
Ianya turut diperkatakan fungsi untuk pengguna baru itu turut sama sedang dibangunkan untuk WordPress.com, dan akan diperkenalkan pada WordPress.org pada versi 3.3 kelak. WordPress 3.3 juga turut dijangka akan membawakan peningkatan untuk dashboard pentadbir, serta bar pentadbir pada bahagian blog yang diberikan peningkatan berbanding sekarang ini.
Beberapa fungsi baru yang lain turut diperlihatkan sama oleh para pembangun WordPress untuk versi 3.3. Namun begitu, terdapat juga kemungkinan yang mana beberapa perancangan daripadanya ditangguhkan, dan mungkin akan diperkenalkan pada versi WordPress 3.4.