Cari @ Amanz

Google Memperkenalkan Program Untuk Menguji Fungsi Baru Google+ Terlebih Dahulu

Oleh Aman

Link Copied!

Sebelum ini, Google telah pun mengumumkan penamatan Google Labs. Namun ianya tidak menghentikan para pengguna untuk menguji pelbagai perkara baru yang bakal diperkenalkan pada Google, dan kini Google memperkenalkan halaman khas untuk para pengguna yang berminat, menguji fungsi baru Google+ sebelum ianya diperkenalkan kepada umum.

Para pengguna yang berminat, boleh mendaftarkan minat untuk program Google+ Platform Preview, dan seterusnya mendapatkan pelbagai kemaskini berkaitan fungsi baru pada Google+ kelak. Mungkin dengan melalui program khas ini, Google boleh mendapatkan maklumbalas daripada para pengguna terawal terlebih dahulu, sebelum memperkenalkannya kepada semua pengguna mereka.


Komen ()