Pelayar Web Chromium Dikemaskini Kepada Chromium 15

Pelayar Web Chromium Dikemaskini Kepada Chromium 15

Diterbitkan pada July 30, 2011 oleh .

Selain daripada Firefox, pembangunan Chrome juga pantas, dimana kini, Chromium dan juga Chrome Canary, masing-masing telah mencapai versi 15. Ianya juga sekaligus memperlihatkan petanda yang mana Chrome 13 akan dilancarkan pada saluran versi stabil tidak lama lagi, dengan Google Chrome 14 akan ke saluran beta.

Buat masa ini, apakah yang bakal dibawakan oleh Chrome 15 kelak masih tidak diketahui. Namun, melalui versi pembangunan Chromium 15, ianya kelihatan yang mana ianya memberikan tumpuan kepada sokongan profail dan juga sync pada pelayar web tersebut.

Kini, fungsi sync diperlihatkan pada menu utama, membolehkan para pengguna menguruskannya dengan mudah. Selain daripada itu, pilihan yang sama membawa pengguna ke halaman profail Google. Walaubagaimanapun, sokongan profail yang dapat dilihat pada Chrome 14-dev dan juga Chromium 15 ini boleh dikatakan masih belum matang sepenuhnya, dan perlu diberikan perhatian yang lebih lagi, sebelum Google melancarkannya secara rasmi.

Para pengguna yang berminat, boleh memuat-turun versi pembangunan Chromium 15 ataupun Google Chrome Canary, dan mula melihat dan menguji fungsi baru yang bakal didatangkan bersama-sama dengannya kelak.


TIPS & ULASAN