Boleh diperkatakan sejak diperkenalkan dulu, iTunes tidak membawakan perubahan yang drastik dari segi antaramukanya. Namun, sekiranya ura-ura yang kedengaran kini adalah benar, berkemungkinan kita akan dapat melihat antaramuka yang serba baru pada iTunes 11 kelak.
Kini, ianya diperkatakan yang mana iTunes 11 kelak akan membawakan perubahan drastik dari segi antaramuka dan rekabentuknya kelak, selain mana turut sama akan mengintegrasikan iCloud dengan lebih mendalam lagi. Selain daripada itu, ianya turut diperkatakan yang mana iTunes Store akan diintegrasikan, dab berfungsi melalui aplikasi tersebut sendiri, dan bukan lagi seperti pelayar web pada masa sekarang ini.
Ianya masih lagi tidak diketahui bilakah iTunes 11 akan dilancarkan. Namun ianya diperkatakan yang mana iTunes 11 akan menemui pengguna tidak lama lagi.