Cari @ Amanz

Sedikit demi sedikit perkhidmatan Google kini mula diintegrasikan bersama melalui Google+, dan kini ianya dilaporkan yang mana YouTube bakal mengintegrasikan sokongan Hangout Google+ pada halaman siaran langsung mereka, membolehkan pengguna berinteraksi secara langsung sambil menonton siaran.

Buat masa ini, beberapa perkhidmatan yang menyediakan siaran langsung melalui web, cuma mengintegrasikan fungsi komen yang mana kebanyakkannya adalah menggunakan Facebook. Dan, seperti semua sedia maklum, video yang disiarkan secara langsung, menerima lebih banyak respon dan komen berbanding video yang dirakam dan dimuat-naik.

Melalui sokongan Hangout yang bakal diperkenalkan pada YouTube Live kelak, ianya akan membolehkan para pengguna menonton bersama rakan-rakan mereka yang lain, dan pada masa yang sama berinteraksi dengan mereka. Walaubagaimanapun, ianya masih tidak diketahui bilakah ianya akan dilancarkan. Buat masa ini, melalui fungsi Hangout, ianya hanya membolehkan para pengguna menonton video yang telah dirakamkan sahaja pada YouTube.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd