Cari @ Amanz

Selepas pelbagai peranti dwi-teras ditawarkan di Malaysia, kini tibanya masa untuk peranti 3D pula, apabila kini Celcom mengumumkan yang mana mereka bersama-sama dengan LG bakal menawarkan LG Optimus Pad kepada para pengguna tempatan, sekaligus menjadikan tablet pertama dengan sokongan rakaman kandungan 3D diperkenalkan di Malaysia.

LG Optimus Pad menggunakan platform Android Honeycomb, dan membawakan sokongan 3D, membolehkan sokongan untuk merakam kandungan 3D menggunakan dua kamera 5-megapixel yang didatangkan bersamanya. Ianya turut membawakan cip dwi-teras 1Ghz, dan storan terbina 32GB bersama-sama dengannya.

Celcom menawarkan LG Optimus Pad 3D ini pada harga bermula RM1668 dengan langganan pelan Broadband Advance 6GB mereka, ataupun pada harga RM1738 dengan langganan pelan Broadband Basic 4GB, yang mana membawakan komitmen bulanan sebanyak RM98 dan RM68 masing-masing.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd