Hanya Lebih 200 Pengguna Sahaja Mendaftar Akaun MyEmail Pada Hari Pertama Pra-Daftar?

Hanya Lebih 200 Pengguna Sahaja Mendaftar Akaun MyEmail Pada Hari Pertama Pra-Daftar?

Diterbitkan pada July 31, 2011 oleh .

Seperti sedia maklum, perkhidmatan emel 1Malaysia daripada Tricubes, ataupun yang mana dikenali sebagai MyEmail.my telah pun memulakan pra-pendaftaran pada Jumaat yang lepas. Namun begitu, untuk permulaan ini, ianya dilihat, yang mana ianya masih menerima permintaan yang agak dingin, dimana dilaporkan, sehingga awal Sabtu lepas, hanya lebih kurang 200 akaun sahaja yang didaftarkan.

MyEmail sebelum ini telah memperlihatkan yang mana mereka akan membawakan pelbagai fungsi selain daripada emel, termasuk sokongan Marketplace dan juga integrasi rangkaian sosial. Namun begitu, salah satu perkara yang diminta, iaitu pendaftaran menggunakan biometrik mungkin menjadi penghalangnya.

Buat masa ini, untuk pra-daftar, pengguna perlu hadir ke lokasi dimana mereka membuka booth dan sebagainya, namun masih belum boleh digunakan lagi. MyEmail.my dijangka akan mula dapat digunakan sekitar Ogos atau September ini. Kelak tidak lama lagi, ianya turut sama akan membolehkan pengguna mendaftar di rumah dan berkemungkinan di Jabatan Pendaftaran Negara.

Untuk fasa beta ini, Tricubes mensasarkan seramai 20,000 orang mendaftar dengan mereka. Buat masa ini, masih tidak diketahui berapa ramai yang telah mendaftar dengan perkhidmatan tersebut.


TIPS & ULASAN