Plugin Butang Sosial Amanz Untuk WordPress Dilancarkan

Plugin Butang Sosial Amanz Untuk WordPress Dilancarkan

Diterbitkan pada July 31, 2011 oleh .

Seperti sedia maklum, hari demi hari, makin ramai yang meniru bentuk bagaimana kami paparkan butang-butang Facebook Like, Twitter dan Google +1 di Amanz ini. Hanya beberapa pembaca sahaja meminta kebenaran, seperti Piratz dan Azah, dan selebihnya boleh dikatakan mencuri beberapa kod kami untuk kegunaan mereka. Dan, untuk mengatasi budaya mencuri yang semakin berleluasa ini, kami di Amanz mengambil langkah untuk mengeluarkan plugin-nya secara rasmi.

Buat masa ini, kami hanya mengeluarkan plugin ini untuk WordPress terlebih dahulu, dan akan diikuti dengan sokongan untuk pengguna Blogger dalam masa beberapa hari lagi. Melalui plugin khas yang dikeluarkan oleh Amanz ini, para pengguna boleh mengawal pelbagai perkara, termasuk memaparkannya dihalaman yang mana, menggunakan akaun tweet yang mana dan sebagainya melalui panel khas untuk plugin tersebut.

Untuk makluman semua, untuk plugin ini, ianya menggunakan sebahagian daripada kod-kod rekabentuk tema Amanz yang digunakan sekarang ini, yang mana telah dibangunkan oleh Flisterz, dan ianya telah dijayakan dengan pertolongan daripada Eizil.

Buat masa ini, kami melabelkannya sebagai beta terlebih dahulu, dan para pengguna boleh mengajukan pelbagai soalan berkaitan dengannya melalui halaman ini, sementara halaman rasmi untuknya dilancarkan.

Versi Blogger dan yang lain akan menyusul tidak lama lagi.

Kandungan di Amanz menggunakan perlesenan kandungan dibawah Creative Commons yang mana memerlukan para pengguna membuat pautan kembali kepada Amanz, dan kami berharap budaya mencuri kod-kod sumber ini tidak berlaku pada masa hadapan lagi. Anda hanya perlu hubungi kami, seperti mana yang telah diminta oleh salah seorang pembaca, dan kini, plugin ini telah dikeluarkan dan boleh digunakan oleh semua.

{filelink=3}
Kemaskini versi 1.0.1 : Menyelesaikan masalah berkaitan dengan halaman utama, dan juga masalah dengan pelayar web Firefox.


TIPS & ULASAN