TimeToBuka Membolehkan Pengguna Mengetahui Waktu Berbuka Dan Imsak Dengan Mudah

Diterbitkan pada July 31, 2011. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Seperti sedia maklum, bermula esok, warga Islam seluruh dunia akan mula berpuasa, dan bersempena dengan itu, Nazrul yang sebelum ini telah membangunkan aplikasi Android yang memperlihatkan promosi berdekatan menggunakan Chalkboard, kini memperkenalkan aplikasi berasaskan web bernama TimeToBuka.com.

Melalui halaman ringkas tersebut, ianya dibangunkan menggunakan Google App Engine, Google Spreadsheets API, jQuery, dan juga Yahoo! YQL, dimana, TimeToBuka memperlihatkan masa berbuka puasa dan juga imsak berdasarkan lokasi.

Buat masa ini, ianya hanya memperlihatkan waktu berbuka puasa dan imsak di Malaysia dan juga Singapura, dan pembangunnya akan menambah sokongan ke lokasi-lokasi lain sebaik sahaja data berkaitan dengannya dapat dikumpulkan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami