Faces.my Bakal Dilancarkan Pada Bulan November Kelak

Faces.my Bakal Dilancarkan Pada Bulan November Kelak

Diterbitkan pada Ogos 1, 2011 oleh .

Ingatkah lagi berkenaan dengan Faces.my yang pernah kami tulis suatu ketika dahulu? Nampaknya, kini ianya telah memperlihatkan serba sebanyak perkembangan, dimana kini ianya dibangunkan semula, dan menjenamakannya semula sebagai salah satu laman untuk pencarian freelancer.

Melalui apa yang dipaparkan, ianya menunjukkan yang mana Faces.my kelak akan memudahkan pencarian freelancer untuk sesuatu projek, selain anda sendiri boleh menyenaraikan diri sendiri untuk mencari dan menerima tawaran projek dari yang lain.

Faces.my ini dijangka akan dilancarkan pada bulan November kelak, dan masih lagi pada peringkat pembangunan buat masa ini. Namun begitu, para pengguna boleh mengikuti perkembangan berkaitan dengannya dengan mudah, terus melalui halaman Tumblr, Facebook ataupun Twitter mereka.


TIPS & ULASAN