Adakah Firefox Bakal Memperkenalkan Rekabentuk Yang Lebih Minimalis?

Diterbitkan pada Ogos 1, 2011. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kali terakhir Mozilla membawakan perubahan drastik dari segi antaramuka adalah pada versi Firefox 4.0 yang lepas, dan mungkinkah tidak lama lagi, Mozilla turut sama akan memperkenalkan antaramuka dan rekabentuk baru pada pelayar web mereka? Namun begitu, masih lagi tiada pengesahan bilakah ianya akan berlaku.

Melalui beberapa rekabentuk awal yang diperlihatkan, antaramuka dan rekabentuknya serba sebanyak menyerupai Google Chrome, dan tampak lebih kemas dan moden lagi. Namun begitu, ianya masih pada peringkat awal, dan belum disahkan lagi. Dan bagi mereka yang tidak kenali Stephen Horlander, beliau merupakan Product Visual Designer untuk Firefox, dan telah menyumbang kepada pembangunan Firefox sejak daripada Firefox 1.0 lagi.

Jadi, mungkinkah Firefox akan kelihatan seperti ini tidak lama lagi?

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami