Carian
Aplikasi Waktu Solat Untuk Android Kini Sedia Diuji
August 1, 2011 Aman

Selain daripada aplikasi berasaskan web yang dikenali sebagai TimeToBuka, kini sebuah lagi aplikasi baru diperkenalkan oleh AwisLabs, iaitu Waktu Solat, yang mana dikhaskan untuk para pengguna Android terlebih dahulu, memperlihatkan waktu solat mengikut lokasi di sekitar Malaysia.

Buat masa ini, ianya boleh dikatakan masih lagi pada peringkat awal pembangunan, namun pengguna Android yang berminat boleh memuat-turun fail *APK-nya dan seterusnya menguji pada telefon Android masing-masing.

Antaramuka yang diperkenalkan turut sama adalah ringkas buat masa ini, dan mungkin pelbagai perubahan akan diperkenalkan pada peringkat akhirnya kelak.

Komen