Cari @ Amanz

Dunia pelayar web tempatan terus memperlihatkan perubahan yang besar. Jikalau sebelum ini, pelayar web yang digunakan majoriti oleh para pengguna tempatan adalah Firefox, kini dengan perkembangan Chrome setiap bulan, ianya secara rasminya telah melangkaui angka pengguna Firefox tempatan.

Malah daripada data bulan Julai yang dikeluarkan, penggunaan Internet Explorer dan juga Firefox turut sama dilihat terus menurun, dan Chrome serta Safari memperlihatkan penggunaan yang meningkat dikalangan para pengguna tempatan. Pelayar web Opera masih digunakan secara stabil, tanpa sebarang perubahan padanya.

Jikalau dilihat daripada data untuk bulan Julai 2011 sahaja, ianya menunjukkan yang mana penggunaan pelayar web Chrome di Malaysia adalah pada 35.5% dan diikuti oleh Firefox 32.86% dan juga Internet Explorer pada 28.01%. Namun, mungkinkah ianya berubah dengan pelancaran Firefox yang semakin pantas dan mengikuti latar masa pembangunan Chrome sekarang ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd