Cari @ Amanz

Kemaskini Google Toolbar untuk Internet Explorer yang terkini, iaitu Google Toolbar 7.1, membawakan salah satu fungsi baru yang menarik, iaitu Google Related. Melaluinya, ianya memperlihatkan sebuah bar dibahagian bawah tetingkap, dengan pelbagai kandungan berkaitan.

Bagi yang tidak kenali akan Google Related, ianya membantu para pengguna melayari web dengan memperlihatkan pelbagai kandungan menarik ketika. Sebagai contoh, sekiranya anda sedang melayari sesebuah halaman berkenaan dengan restoran dan kedai makan disesuatu lokasi, maka Google Related akan membantu anda dengan memperlihatkan kandungan yang berkaitan dengannya, seperti kedudukannya di Google Maps, dan pelbagai perkara lain lagi.

Walaubagaimanapun, para pengguna yang tidak berminat dengan fungsi Google Related, masih boleh memadamkannya melalui halaman tetapan untuk Google Toolbar. Pada yang berminat, boleh memuat-turun atau mengemaskini pemasangan Google Toolbar pada Internet Explorer, dan menikmati fungsi baru ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd