Hari ini, Adobe terus bergerak maju kehadapan, dengan memperkenalkan aplikasi baru mereka yang dinamakan sebagai Adobe Edge, yang mana membolehkan para perekabentuk membangunkan kandungan dan animasi mereka untuk laman web menggunakan HTML5, JavaScript dan CSS3 dengan mudah.
Melalui Adobe Edge, ianya membolehkan para pembangun menambah pelbagai kandungan yang diperkaya dengan mudah, dan bukan hanya perlu bergantung kepada Flash seperti sebelum ini. Sebagai pengenalan, Adobe membolehkan semua pengguna memuat-turun aplikasi Adobe Edge yang masih dalam versi beta ini secara percuma.
Adobe dijangka bakal melancarkannya kepada umum sebelum penghujung tahun ini.