Cari @ Amanz

Microsoft Research Memperlihatkan HomeOS

Oleh Aman

Link Copied!

Jikalau sebelum ini, Google memperlihatkan [email protected], kini tibanya masa untuk Microsoft pula memperlihatkan perkara yang lebih kurang serupa, dimana sistem operasi dan platform baru daripada Microsoft itu dikenali sebagai HomeOS.

Seperti pada namanya, HomeOS ini merupakan salah satu platform yang dibangunkan untuk kegunaan rumah, dimana melaluinya, para pengguna boleh mengawal dan menguruskan pelbagai perkara berkaitan dengan teknologi dengan mudah.

Buat masa ini, HomeOS ini masih lagi pada peringkat prototaip, dan sedang dibangunkan oleh Microsoft Research. Menariknya, HomeOS ini turut didatangkan bersama-sama dengan HomeStore dimana para pengguna boleh mendapatkan pelbagai aplikasi untuk kegunaan serasi dengan perkakasan di rumah mereka.

Kini, dengan Google dan Microsoft masing-masing membangunkan platform untuk digunakan di dalam rumah, untuk pengurusan teknologi, mungkin kita akan dapat lihat beberapa nama besar turut sama menyertai mereka tidak lama lagi.


Komen ()