Cari @ Amanz

Mungkin semua sedia kenali laman sekuriti berbahasa Malaysia, iaitu KenaHack. Kini, mereka melangkah setapak kehadapan dengan mengumumkan kerjasama bersama-sama dengan pihak GaySec. Ianya diperkatakan kedua-dua pihak ini bekerjasama untuk menaik-taraf lagi sekuriti dan keselamatan di Malaysia.

Kedua-dua pihak ini akan bekerjasama dalam berkongsi pelbagai maklumat berkaitan keselamatan didalam dunia teknologi secara amnya, dan lebih menumpukan kepada laman-laman web di Malaysia buat permulaan ini.

Berikut merupakan pengumuman rasmi mereka berkaitan perkara ini:

Mengenai berita kali ini, kami telah bekerjasama dengan pihak KenaHack. Pihak KenaHack akan menulis dan menjaga artikel, berita di dalam bahagian Keselamatan dan Informasi di laman sesawang gaysec.net ini.

Pihak Gaysec dan KenaHack akan meneruskan lagi matlamat kami di dalam bahagian keselamatan di laman sesawang malaysia ini, berkemungkinan pihak Gaysec akan mempunyai beberapa lagi kerjasama daripada beberapa pihak yang lain suatu hari nanti.

Tips awal daripada Azim

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd