Maxis kini mengumumkan yang mana para pengguna beragama Islam di Selangor, Melaka, Sabah, Kedah, Perlis, Pahang dan Terengganu boleh membayar zakat terus melalui perkhidmatan Maxis mZakat mereka, terus menggunakan SMS sahaja. Ianya dilaporkan, Maxis telah menerima kebenaran daripada negeri yang dikatakan itu buat masa ini.
Para pengguna yang ingin membayar zakat terus melalui SMS, hanya perlu menaip “FITRAH (nama negeri)” dan seterusnya menghantarkannya kepada 22032. Kemudiannya, pengguna tersebut akan diperlukan untuk menghantar beberapa maklumat, seperti nama, nombor kad pengenalan, dan nama bagi siapa yang mereka ingin bayar zakat fitrah itu.
Pembayaran kemudian akan dilakukan dengan menolak kredit pra-bayar anda, ataupun dikenakan pada bil pascabayar. Ianya dikatakan yang mana setiap SMS yang dihantar dan diterima adalah percuma.