TM : Gangguan Perkhidmatan Disebabkan Kerosakkan Kabel AAG

TM : Gangguan Perkhidmatan Disebabkan Kerosakkan Kabel AAG

Diterbitkan pada Ogos 1, 2011 oleh .

Mungkin sepanjang hari ini, para pengguna yang melayari laman-laman di pelayan Amerika Syarikat menghadapi sedikit gangguan, dengan sambungan yang sedikit lambat. Kini, TM telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi, mengatakan yang mana kabel bawah-tanah AAG menghadapi sedikit kerosakan padanya.

Kabel AAG yang mana menghubungkan Asia dengan Amerika itu diperkatakan menghadapi kerosakkan, mengakibatkan trafik dari Malaysia ke Amerika Syarikat dan juga Asia Utara menghadapi sedikit kelambatan. Namun begitu, pelbagai langkah awal telah diambil untuk mengatasinya.

Telekom Malaysia telah pun memulakan kerja-kerja pembaik-pulihan bermula daripada hari ini, dan dijangka akan selesai sepenuhnya pada hari Ahad ini, iaitu pada 7 Ogos 2011.

AAG cable 2 USA is being repaired by consortium members frm 1-7Aug. Internet&data cust may experience svc degradation. http://bit.ly/qqSVgEless than a minute ago via web Favorite Retweet Reply


TIPS & ULASAN