Cari @ Amanz

Selain daripada pengumuman skema penamaan baru untuk telefon-telefon keluaran Nokia, Nokia juga pada masa yang sama telah memperkenalkan peranti pintar baru keluaran mereka, iaitu Nokia 500 yang mana menggunakan Symbian Anna sebagai platfom operasinya.

Nokia 500 turut sama membawakan cip pemprosesan 1GHz padanya, bersama-sama dengan sokongan skrin sentuh pada skrin berkeluasan 3.2-inch dengan resolusi 640×360 pixel. Untuk sokongan rakaman gambar dan video, Nokia 500 membawakan kamera 5-megapixel dibahagian belakangnya.

Menariknya adalah, walaupun menggunakan cip pemprosesan 1GHz, daya tahan bateri yang dibawakan olehnya adalah amat lama, dengan masa bercakap selama 5 hingga 7 jam, dan sehingga 35 jam lamanya untuk sokongan masa memainkan lagu.

Ianya kelak akan ditawarkan dalam dua warna sebagai permulaan bermula daripada penghujung tahun ini. Tarikh pelancaran rasminya di Malaysia masih tidak diketahui buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd