Cari @ Amanz

Jikalau selama ini, hanya jenama terkemuka sahaja dibenarkan menggunakan fungsi Pages pada FourSquare, kini fungsi tersebut dijangka akan dibuka kepada orang ramai, membolehkan sesiapa sahaja membuat halaman mereka tersendiri di FourSquare, dan membolehkan orang lain mengikuti dengan mudah.

Buat masa ini, FourSquare dilaporkan menerima lebih daripada 70 halaman baru melalui FourSquare Pages yang dibuat secara manual oleh pihak FourSquare. Namun, bermula minggu ini, berkemungkinan angka tersebut akan meningkat secara drastik sebaik sahaja fungsi tersebut diperkenalkan kepada semua.

Pada masa yang sama, Google turut sama dijangka memperkenalkan perkhidmatan yang lebih kurang sama melalui perkhidmatan sosial Google+ mereka tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd