Cari @ Amanz

Setelah gagal untuk memiliki Groupon sebelum ini, kini nampaknya Google telah mengambil-alih DealMap, yang mana merupakan salah satu laman aggregator untuk tawaran harian, mengumpulkan lebih daripada 400,000 tawaran harian setiap hari melaluinya.

Ianya diperkatakan yang mana sejak DealMap dilancarkan pada bulan Mei 2010 yang lepas, kini ianya mempunyai lebih daripada 2 juta pengguna, serta lebih 85 juta kunjungan setiap bulan ke rangkaian mereka.

Ianya masih lagi tidak diketahui bagaimanakah Google akan menggunakan DealMap, namun dengan Google Offers, dan juga Google Places yang semakin berkembang, berkemungkinan ianya akan diintegrasikan padanya, memberikan lebih nilai kepada pengguna sedia ada Google.

Sama-sama kita nantikan bagaimana Google menggunakannya kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd