Carian
PhoneGap Memudahkan Pembangunan Aplikasi Untuk Pelbagai Platform
August 2, 2011 Aman

Dengan pelbagai platform telefon diluar sana, mungkin ianya sukar untuk para pembangun membangunkan aplikasi untuknya. Namun begitu, kini perkara itu dijadikan mudah dengan adanya PhoneGap, yang mana menyokong pelbagai platfom terkemuka, termasuk iOS, Android, BlackBerry, webOS, Symbian dan juga Windows Phone 7.

Melalui PhoneGap, para pembangun hanya perlu menggunakan HTML, CSS dan juga JavaScript dalam membangunkan aplikasi mereka untuk platform-platform yang tersenarai. Walaubagaimanapun, ianya mungkin tidak sesuai untuk semua jenis aplikasi, dan masih bergantung kepada apa yang anda ingin bangunkan.

Tips awal : Awis

Komen