Nokia dan juga Microsoft kini telah pun mula menghantar jemputan khas kepada media yang mana memperlihatkan sebuah acara khas pada 17 Ogos kelak, yang mana bakal diadakan di Jerman. Mungkinkah pada tarikh tersebut Nokia dan Microsoft bakal melancarkan peranti Windows Phone Nokia yang pertama?
Walaupun ianya masih tidak diketahui samada mungkinkah terdapat sebarang pelancaran peranti Nokia pada tarikh tersebut, melalui jemputan yang dikeluarkan itu, salah satu hadiah yang ditawarkan adalah Nokia dengan Windows Phone.
Buat masa ini, ianya masih lagi tidak diketahui bilakah Nokia akan mengeluarkan peranti Windows Phone mereka yang dinantikan ramai, yang mana diperkatakan akan mengubah nasib Nokia sekarang yang semakin merudum akhir-akhir ini.