Cari @ Amanz

Lebih kurang sama seperti aplikasi web TimeToBuka, kini sebuah lagi aplikasi yang serupa dengannya kelihatan, iaitu SahurBerbuka.info. Melalui aplikasi berasaskan web yang dioptimasikan untuk peranti mudah-alih itu, ianya memperlihatkan waktu berbuka dan juga imsak mengikut lokasi dengan mudah.

Selain daripada itu ianya turut didatangkan dengan pilihan untuk mengubah lokasi sekiranya sokongan geolokasi padanya tidak berfungsi dengan baik. Sebanyak lebih kurang 24 lokasi disediakan, mengikut waktu berbuka dan imsak. Selain daripada itu, ianya turut didatangkan dengan pautan kepada perkhidmatan pembayaran zakat melalui SMS yang diperkenalkan Maxis.

Para pengguna yang berminat boleh melayari laman SahurBerbuka.info samada melalui pelayar web desktop anda, ataupun turut sama menggunakan peranti mudah-alih anda, dan ikuti waktu berbuka dan sahur mengikut kawasan dengan mudah melaluinya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd