Setelah mengumumkan iCloud pada WWDC yang lepas, kini nampaknya Apple telah pun membuka perkhidmatan iCloud Beta pada domain iCloud.com, yang mana ianya membawakan antaramuka dan rekabentuk menyerupai pada iOS, dan menggunakan nama pengguna akaun Apple untuk mendaftar masuk.
Buat masa ini, ianya lebih tertumpu kepada pembangun, dimana melalui iCloud.com, ianya membolehkan mereka mengakses beberapa perkara, termasuk Contacts, Calendars dan juga Mail.
Untuk permulaan ini, iCloud.com menawarkan ruangan storan sebanyak 5GB secara percuma, dan para pengguna boleh menaik-tarafnya kepada 10GB pada harga $20, 20Gb pada harga $40, ataupun 50GB pada harga $100.