Skype Untuk iPad Mula Kelihatan Di AppStore New Zealand

Skype Untuk iPad Mula Kelihatan Di AppStore New Zealand

Diterbitkan pada Ogos 2, 2011 oleh .

Setelah sebuah video memperlihatkan Skype pada iPad sebelum ini tersebar, kini aplikasi Skype untuk iPad itu sudah pun mula aktif, dan sedia dimuat-turun. Tetapi buat masa ini, ianya diperkenalkan pada AppStore New Zealand terlebih dahulu, dan mungkin akan diperkenalkan kepada semua pengguna seluruh dunia tidak lama lagi.

Secara ringkasnya, aplikasi Skype untuk iPad ini membawakan fungsi yang lebih kurang serupa seperti aplikasi Skype untuk iPhone, namun ianya dioptimasikan untuk skrin iPad, selain mana ianya menyokong panggilan video melalui iPad2 memandangkan terdapatnya kamera hadapan dan belakang.

Mungkin lebih banyak maklumat berkaitan dengannya akan muncul ketika pelancaran rasminya kelak. Sementara itu, mungkin anda boleh melayari halaman Skype untuk iPad pada AppStore New Zealand, dan mendapatkan maklumat mengenainya.


TIPS & ULASAN