Telekom Malaysia Bakal Memperkenalkan Perkhidmatan TM Cloud?

Telekom Malaysia Bakal Memperkenalkan Perkhidmatan TM Cloud?

Diterbitkan pada Ogos 2, 2011 oleh .

Ianya kelihatan sekarang yang mana Telekom Malaysia telah pun mendaftarkan nama domain TMCloud.com.my sekaligus memperlihatkan yang mana mereka bakal menawarkan perkhidmatan perkomputeran awan mereka tidak lama lagi, serta mengikut pelbagai gergasi internet yang lain dalam langkah serupa.

Ianya masih tidak diketahui samada TMCloud ini bakal mempunyai kaitan dengan kerjasama yang diumumkan diantara VADS dan MIMOS sebelum ini ataupun tidak. Dan berkemungkinan juga ianya lebih tertumpu kepada pengguna perniagaan dan juga enterprise terlebih dahulu sebelum ianya diperkenalkan kepada para pengguna umum.

Buat masa ini, nama domain tersebut masih kelihatan tidak ditujukan kepada sebarang halaman web. Kami akan cuba mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan perkhidmatan ini, dan kemaskininya sebaik sahaja mengetahui mengenainya.


TIPS & ULASAN