StyleKandi sebelum ini telah dibuka akses kepada umum pada awal bulan Mei yang lepas, dan sejak daripada itu, pelbagai fungsi baru telah ditambah satu per satu, dan terkini adalah sokongan melalui Twitter, dimana para pengguna boleh menghantar Tweet bersama-sama gambar serta hashtag, yang mana kemudiannya akan ditarik ke StyleKandi.
Ianya kemudian akan dipaparkan sama pada laman StyleKandi dengan mudah, dan pada masa yang sama memudahkan para pengguna berkongsi pelbagai perkara lagi dengan mudah dan pantas.
Bagi yang tidak kenali akan StyleKandi, ianya merupakan salah satu laman sosial yang mana lebih menumpukan kepada perkongsian inspirasi dan trend dari pelbagai segi, termasuk gaya hidup, gajet, peranti, fesyen, dan sebagainya.
Just use the hashtag, #skpost, and the pictures in your tweets will be uploaded to your Stylekandi account. Try it!