Cari @ Amanz

Setelah Groupon memasuki Malaysia melalui Groupsmore, kini satu lagi gergasi dalam industri tawaran harian, iaitu LivingSocial turut sama memasuki arena industri tawaran harian tempatan dengan pengambil-alihan Ticket Monster, yang mana merupakan pemilik Everyday.com.my.

Harga pembelian tidak diumumkan oleh kedua-dua pihak. Namun dengan pembeliannya, ianya bakal memberikan impak yang tinggi terhadap pasaran Asia oleh LivingSocial.

Sebelum ini, Ticket Monster telah mengambil-alih Everyday.com.my pada bulan Jun yang lepas. Buat masa ini, Everyday dilaporkan mempunyai lebih daripada 400,000 orang pngguna, serta memegang hampir 40% pegangan dalam pasaran industri tawaran harian Malaysia. Everyday juga dijangka bakal memperluaskan perkhidmatan mereka ke pelbagai bandar utama diseluruh Malaysia tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd