Cari @ Amanz

Valve Bakal Memperlihatkan Dota 2 Pada GamesCom Bulan Ini

Oleh Aman

Link Copied!

Salah satu permainan popular diseluruh dunia adalah DOTA, dan kini Valve secara rasminya telah mengumumkan yang mana mereka akan memperlihatkan DOTA 2 kepada umum pada acara GamesCom yang bakal diadakan pada 17 hingga 21 Ogos di Jerman.

Sebelum ini, Valve telah mengumumkan perancangan untuk melancarkan DOTA 2 pada tahun lepas, dan sehingga kini, tiada sebarang kemaskini berkaitan dengannya diperlihatkan. Selain memperlihatkan permainan DOTA 2 pada GamesCom kelak, mereka juga bakal mengadakan sebuah pertandingan ringkas dengan lebih 16 pasukan dari seluruh dunia bertanding untuk memenangi hadiah wang tunai berjumlah lebih $1 juta.

Valve dijangka akan melancarkan DOTA 2 pada penghujung tahun ini untuk platform PC dan juga Mac. Mungkin kita akan mendapat lebih banyak maklumat berkaitan dengannya ketika acara GamesCom kelak.


Komen ()