HTC sebelum ini, pada minggu lepas telah pun memperlihatkan angka jualan telefon pintar oleh mereka yang meningkat dengan drastik pada suku tahun kedua, sekaligus mensasarkan untuk menjual lebih 13.5 juta peranti pada suku tahun ketiga. Untuk menjayakannya, kini HTC dijangka akan memperkenalkan 8 peranti baru pada suku tahun ketiga.
Berkemungkinan besar, 8 peranti pintar baru yang bakal diperkenalkan oleh syarikat dari Taiwan itu adalah terdiri daripada yang menggunakan platform Android dan juga Windows Phone. Seperti sedia maklum, Windows Phone Mango bakal dilancarkan sekitar bulan September ini, dan semestinya HTC telah bersedia dengan peranti mereka tersendiri.
Tambahan lagi, HTC mungkin akan mengeluarkan beberapa lagi peranti Android dibawah jenama HTC dan menggunakan antaramuka HTC Sense. Sama-sama kita nantikan pengumuman antara 6 hingga 8 peranti baru daripada HTC ini dalam minggu-minggu akan datang.