Carian
AmanzRewards : Terima Kasih E-Website
August 2, 2011 Aman

Sepanjang beberapa hari yang lepas, beberapa tebusan hadiah telah dilakukan oleh para pembaca melalui AmanzRewards, dan kini kami terus menambah beberapa penaja baru, dan terkini adalah E-Website memberikan sebanyak 50 akaun hosting untuk para pembaca Amanz untuk ditebus.

Khas untuk AmanzRewards, E-Website menyediakan lebih 50 akaun hosting untuk ditebus, iaitu 25 akaun dalam bentuk cPanel, dan 25 lagi dalam bentuk DirectAdmin. Setiap satunya membawakan sebanyak 5GB ruangan storan dan juga penggunaan bandwidth sehingga 50GB.

Bagi yang tidak kenali E-Website, ianya merupakan salah satu syarikat hosting tempatan yang telah lama beroperasi, iaitu sejak daripada Januari 2003 lagi, dimana selain menawarkan perkhidmatan hosting dan domain, mereka turut menyediakan kelas pembangunan web pada hujung minggu.

Para pengguna yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan E-Website melalui halaman rasmi mereka. (ataupun hubungi mereka melalui Twitter di @eWebsite).

Komen