Cari @ Amanz

Setelah lama tidak mendengar sebarang kemaskini berkaitan dengan platform Blogger, kini Google membawakan beberapa kemaskini, termasuk sokongan favicon pada Blogger, sokongan butang +1 pada halaman berasingan dan juga sokongan navigasi pada tema mudah-alih yang dipertingkatkan lagi.

Seperti semua maklum, sokongan favicon pada Blogger telah diuji melalui Blogger in Draft sebelum ini. Kini nampaknya fungsi tersebut telah bersedia sepenuhnya, dan diperkenalkan kepada pengguna seluruh dunia, sekaligus membolehkan mereka mengubah favicon blog dengan mudah dan senang.

Blogger Favicon

Selain sokongan favicon, Blogger juga turut sama menyokong butang +1 yang diperkenalkan kepada semua sebelum ini, pada halaman individu, selain daripada setiap artikel sebelum ini. Ianya akan muncul dan kelihatan pada halaman individu bermula hari ini secara automatik, sepertimana butang +1 untuk artikel blog diperkenalkan sebelum ini.

Salah satu fungsi menarik yang turut diperkenalkan pada Blogger adalah navigasi pada tema mudah-alih yang lebih menarik, dimana kini sekiranya para pengguna melayari blog anda menggunakan peranti mudah-alih, dan anda telah mengaktifkan sokongan tema mudah-alih, maka mereka boleh bertukar-tukar antara satu artikel ke lain dengan hanya swipe ke kiri atau kanan sahaja.

Mungkin juga Google akan memperkenalkan lebih banyak fungsi-fungsi menarik kepada para pengguna Blogger dalam masa akan datang. Sama-sama kita nantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd