Cari @ Amanz

Facebook Tidak Lagi Memperlihatkan Peranti Yang Digunakan Untuk Kemaskini?

Oleh Aman

Link Copied!

Ianya kini tidak diketahui mengapa, tetapi setiap kemaskini Facebook yang dilakukan melalui telefon pintar iPhone ataupun Android, hanya ditulis sebagai “via Mobile” dan bukannya ditulis sebagai “via iPhone” ataupun “via Android” seperti sebelum-sebelum ini.

Perkara ini, turut dipersoalkan oleh para pengguna Facebook dihalaman rasmi aplikasi iPhone dan juga Android, serta beberapa pengguna turut meluahkan perasaan marah di Twitter. Sehingga kini, pihak Facebook masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan dengannya.

Namun begitu, beberapa pihak membuat spekulasi yang mana ianya mungkin salah satu cara untuk Facebook menjadikan aplikasi serasi di pelbagai platform, dan juga mungkin penggunaan HTML5 akan diimplementasikan tidak lama lagi. Pada masa yang sama, ada juga turut memperkatakan yang mana mungkin terdapat beberapa pepijat pada sistem Facebook, dan mungkin akan kembali pulih dalam beberapa hari lagi.

Sebelum ini, Facebook telah mengatakan yang mana mereka mempunyai lebih daripada 200 juta pengguna aktif mudah-alih Facebook, yang mana dilihat mereka lebih aktif menggunakan platform tersebut berbanding pengguna yang menggunakannya melalui pelayar web desktop.

Tips awal : Faiz


Komen ()