TonTon Kini Mempunyai Lebih Daripada 1.6 Juta Pengguna Berdaftar

TonTon Kini Mempunyai Lebih Daripada 1.6 Juta Pengguna Berdaftar

Diterbitkan pada Ogos 3, 2011 oleh .

TonTon semestinya telah berkembang dengan pesat sejak ianya diperkenalkan pada Ogos tahun lepas, dimana sehingga kini, ianya menyokong pelbagai platform, termasuk iPad, serta telah pun memperkenalkan kandungan berbayar mereka. Pada masa yang sama, sejak Januari yang lepas trafik ke laman tersebut turut telah meningkat hampir tiga kali ganda.

Kini, TonTon dilaporkan mempunyai lebih daripada 1.6 juta pengguna berdaftar, dimana separuh daripada mereka boleh diperkatakan melayari laman tersebut secara aktif setiap minggu.

Sepanjang bulan lepas sahaja, TonTon dilaporkan telah memperlihatkan video selama lebih daripada 1.1 juta jam kepada para penggunanya, yang mana secara ringkasnya, ianya merupakan kandungan video bersaiz 300 terabyte. Selain daripada itu, pada masa yang sama, TonTon sehingga kini telah memainkan sebanyak lebih daripada 4,300 video pada masa yang sama kepada para penggunannya, angka tertinggi buat masa ini.

TonTon juga dijangka akan memperkenalkan lebih banyak fungsi baru kepada para penggunanya dalam minggu-minggu akan datang, sekaligus menjadi antara media baru untuk para pengguna menonton video melalui internet di Malaysia.


TIPS & ULASAN