Cari @ Amanz

Seperti semua tahu, GMail telah menyokong fungsi panggilan suara untuk suatu masa yang lama, melalui integrasi Google Voice yang dibawakan padanya. Namun begitu, penggunaannya agak kurang, mungkin kerana caj panggilan. Namun, kini ianya berubah apabila Google kini menawarkan harga yang lebih murah berbanding sebelumnya.

Bermula hari ini, GMail memperkenalkan fungsi panggilan suara ke sebarang talian tetap atau talian mudah-alih seluruh dunia dengan murah dan senang. Harga yang ditawarkan juga amat kompetitif berbanding penyedia talian telekomunikasi tempatan sedia ada, dimana panggilan ke sebarang talian tetap di Malaysia dikenakan caj sebanyak RM0.06 seminit, manakala panggilan ke talian mudah-alih di Malaysia dikenakan caj sebanyak RM0.12 seminit.

Selain Malaysia, para pengguna juga boleh menikmati panggilan yang murah ke pelbagai lokasi lain diseluruh dunia terus melalui aplikasi web GMail anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd