Carian
Facebook Mengambil-Alih Push Pop Press
August 3, 2011 Aman

Facebook terus menambah portfolio mereka, dimana hari ini Facebook secara rasminya telah mengambil-alih Push Pop Press, iaitu salah satu syarikat yang mana membantu para penulis dan pengeluar untuk mengubah buku fizikal mereka kepada buku digital yang mesra iPad dan juga iPhone.

Ianya masih lagi tidak diketahui bagaimanakah Facebook akan menggunakan teknologi Push Pop Press di laman sosial terkemuka itu. Sehingga kini, Facebook masih tiada sebarang perancangan untuk memasuki arena buku digital. Ianya diperkatakan yang mana teknologi Push Po Press akan diintegrasikan pada Facebook tidak lama lagi.

Dengan pengintegrasiannya kelak, ianya akan memberikan para pengguna lebih banyak cara yang diperkaya untuk berkongsi. Mungkin kita akan dapat melihat beberapa perkara dan fungsi baru pada Facebook hasil integrasi Push Pop Press tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikannya.

Komen