Chrome 13 Dilancarkan – Membawakan Sokongan Instant Pages

Chrome 13 Dilancarkan – Membawakan Sokongan Instant Pages

Diterbitkan pada Ogos 3, 2011 oleh .

Dengan pembangunan Chrome yang memasuki kepada versi 15, hari ini, secara rasminya Google telah pun melancarkan pelayar web Chrome 13 mereka kepada saluran stabil, dimana bersama-sama dengannya, ianya turut sama membawakan fungsi Instant Pages yang diperkenalkan oleh Google sebelum ini.

Melalui Instant Pages, ianya membolehkan para pengguna membuka sesuatu halaman dari hasil carian Google itu dengan lebih pantas. Selain daripada sokongan Instant Pages, Chrome 13 turut sama membawakan fungsi “Print Preview” padanya, salah satu fungsi yang dinantikan ramai untuk tempoh yang lama. Beberapa penambahan lain turut sama dibawakan oleh pelayar web Chrome 13 ini.

Bagi para pengguna sedia ada Chrome, anda mungkin akan dikemaskinikan secara automatik kepada versi terkini, iaitu Chrome 13. Anda boleh menyemak versi Chrome yang sedang anda guna dengan melihat pada tab About Chrome pada pelayar web anda.


TIPS & ULASAN