Rekabentuk Twitter Lama Akan Dimatikan Pada Minggu Ini

Rekabentuk Twitter Lama Akan Dimatikan Pada Minggu Ini

Diterbitkan pada Ogos 3, 2011 oleh .

Seperti semua sedia maklum, Twitter telah memperkenalkan rekabentuk Twitter yang baru, yang dipanggil #newtwitter pada Oktober tahun lepas, dan setelah sekian lama, kini nampaknya Twitter akan mematikan rekabentuk lama mereka, sekaligus menjadikan semua pengguna mereka menggunakan rekabentuk baru ini.

Sehingga kini, para pengguna yang menggunakan rekabentuk lama, masih dibenarkan, dan kini, pihak Twitter telah mengemaskini yang mana mengatakan semua pengguna yang masih kekal menggunakan rekabentuk lama, akan dikemaskini kepada #newtwitter pada minggu ini.

Melalui rekabentuk Twitter yang diperkenalkan sebagai #newtwitter itu, ianya membawakan rekabentuk yang menarik, serta sokongan kandungan media terus melaluinya tanpa perlu meninggalkan web, serta kebolehan untuk mengakses profail pengguna terus melalui bahagian kanan laman, tanpa perlu ke halaman profail mereka seperti sebelumnya.

If you’re currently using Old Twitter, we want to let you know that you’ll be upgraded to New Twitter this week. http://t.co/8dfSGdVless than a minute ago via web Favorite Retweet Reply


TIPS & ULASAN