Seperti mana yang diperkatakan sebelum ini, kini FourSquare telah pun mula menyokong FourSquare Pages untuk semua, yang mana boleh dibuat secara automatik dengan mudah dan pantas, iaitu dengan hanya menghubungkan akaun Twitter sahaja.
Dengan adanya sokongan FourSquare Pages, ianya kini boleh membantu jenama-jenama menggunakan FourSquare dalam mempromosikan jenama mereka dengan lebih menyeluruh. Selain daripada itu, kebolehan untuk lebih daripada seorang mentadbir satu halaman, akan memudahkan anda menyampaikan tips dan pelbagai berita dengan pantas kepada komuniti anda.
Untuk mula membina halaman FourSquare Pages untuk jenama anda, anda hanya perlu mendaftar menggunakan akaun Twitter untuk sesuatu jenama, dan ianya akan dapat dibina dengan beberapa klik sahaja. Jadi, apa tunggu lagi? Jom bina halaman FourSquare Pages untuk jenama dan organisasi anda.