Cari @ Amanz

Menangi iPod Nano Dan Pelbagai Hadiah Menarik Melalui iScan iWin

Oleh Aman

Link Copied!

Carrefour semestinya mempunyai cara tersendiri meraikan pembukaan cawangan terbaru di 1st Avenue Mall di Pulau Pinang, dimana mereka menyediakan sebuah aplikasi khas, yang mana berbentuk permainan, membolehkan para penggunanya memenangi hadiah wang tunai dengan senang menggunakan aplikasi iPhone dan aplikasi web mudah-alih yang didatangkan bersamanya.

Dan khas untuk para pembaca Amanz, Carrefour turut sama menyediakan beberapa hadiah menarik melalui pertandingan iScan iWin ini, iaitu termasuk Philips Home Theatre dan juga Apple iPod Nano.

Untuk menyertainya, ianya amat mudah, dimana para pengguna hanya perlu memuat-turun aplikasi iPhone iScan iWin yang ditawarkan secara percuma, dan mula memainkan permainan tersebut, dimana anda boleh memenangi pelbagai hadiah menarik melaluinya. IMBAS QR CODE dibawah menggunakan iPhone anda untuk memuat-turun aplikasi tersebut dengan mudah

Para pengguna yang tidak mempunyai iPhone, turut sama boleh menyertainya, dengan melayari halaman iScan iWin ini melalui peranti mudah-alih mereka, dan memainkan perkara yang lebih kurang serupa dengannya.

Kod Khas Untuk Pembaca Amanz : f9097d

Dan sekiranya anda merupakan penduduk yang tinggal berdekatan dengan Carrefour 1st Avenue Mall Pulau Pinang, tentunya aplikasi ini lebih menarik dan berguna untuk anda. Jadi, apa tunggu lagi?


Komen ()