Seperti tahun-tahun yang lepas, kini acara tahunan Barcamp Kuala Lumpur kembali buat kali yang ke-empat, dan bakal diadakan di Cyberjaya pada 13 dan 14 Ogos ini. Dan seperti biasa, acara tersebut diadakan secara percuma, dan ianya terbuka untuk semua.
Bagi yang tidak ketahui Barcamp, ianya merupakan salah satu acara dimana semua hadirin boleh berkongsi pelbagai topik dan kemahiran mereka bersama-sama dengan yang lain, dan dibincangkan bersama-sama, selain memperlihatkan demonstrasi produk dan sebagainya. Topik yang dibincangkan adalah dicadangkan sendiri oleh para hadirin, dan ianya akan dipilih berdasarkan undian yang paling ramai.
Mereka yang berminat boleh mendaftarkan diri mereka secara percuma melalui halaman rasmi mereka, ataupun ikuti perkembangan Barcamp Kuala Lumpur secara terus melaluinya.