Perkhidmatan Ovi Calendar Berasaskan Web Akan Dimatikan Pada 31 Ogos

Perkhidmatan Ovi Calendar Berasaskan Web Akan Dimatikan Pada 31 Ogos

Diterbitkan pada Ogos 3, 2011 oleh .

Nokia terus mengemaskini tawaran perkhidmatan mereka, dimana kini mereka telah pun mengumumkan yang mana mereka bakal menghentikan perkhidmatan Ovi Calendar berasaskan web bermula daripada 31 Ogos kelak. Namun begitu, para pengguna masih boleh mengaksesnya melalui peranti Nokia mereka, dan tidak terjejas dengan pengumuman ini.

Nokia mengumumkan yang mana mereka bakal menghentikan perkhidmatan Ovi Calendar berasaskan web itu yang mana boleh diakses melalui Ovi.com. Untuk mengatasi kehilangan data, para pengguna boleh memuat-turun data Ovi Calendar mereka ke desktop dengan mudah, ataupun mengesksport data tersebut ke beberapa perkhidmatan lain seperti Windows Live, Google dan juga Yahoo.

Menurut Nokia, penutupan Ovi Calendar ini adalah salah satu keputusan yang mana perlu diambil untuk menumpukan kepada perkhidmatan utama Nokia. Mungkin juga, ianya adalah kerana Nokia mula memberikan perhatian kepada platform Windows Phone yang mana didatangkan dengan perkhidmatan Windows Live yang terbina padanya.


TIPS & ULASAN