iOS Dan Mac OS X Mungkin Disatukan Seawal 2012?

iOS Dan Mac OS X Mungkin Disatukan Seawal 2012?

Diterbitkan pada Ogos 3, 2011 oleh .

Dengan sedikit demi sedikit fungsi iOS diintegrasikan pada Mac OS X, kini penganalisa mengatakan yang mana kelak pada tahun 2012 ataupun 2013, Apple mungkin akan mengintegrasikan dan menyatukan kedua-dua platform itu menjadi satu.

Ianya diperkatakan yang mana Apple akan memulakannya secara berperingkat, dan akan memulakannya dengan MacBook Air pada tahun hadapan atau 2013, dimana ianya dikatakan, MacBook Air akan kelak menggunakan cip empat-teras A6 yang mana menjadikannya multi-platform. Kelak, ianya juga mungkin akan diperluaskan penggunaan pada MacBook Pro dan lain-lain menjelang 2016 kelak.

Walaubagaimanapun, ianya hanyalah sekadar laporan dari penganalisa sahaja buat masa ini. Namun begitu, ianya bukanlah sesuatu yang mustahil, memandangkan seperti sedia maklum, Microsoft juga dalam proses menjadikan platform sistem operasi Windows 8, Windows Phone dan juga XBox Live kepada satu. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut dunia sistem operasi Apple dan Microsoft.


TIPS & ULASAN